Writer's Block

Susahnya bekerja sendiri ini pada mulanya adalah pada pengurusan masa. Aku selalu terlupa pembacaan dan penulisan, perlu dipisahkan untuk pekerjaan dan juga untuk hobi. Pola pembacaan aku juga dah lama menurun. Sering doze off, ralit dan slow. Tapi sejak tutup semua media sosial ni dapatlah juga untuk menikmati pembacaan dengan tenang, tanpa ada rasa terganggu nak berhenti sekejap untuk pantau media sosial.

Paling terkini apa yang aku rasa adalah rasa apa yang dilakukan tidak berguna. Aku menghabiskan bacaan buku untuk menulis namun ketika ingin menulis tiba-tiba hilang idea dan stuck terlalu lama untuk menulis. Beberapa kali juga jadi begitu. Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin terlalu push untuk menyiapkan penulisan. Tetapi kalau tak push diri sendiri, bila nak siap. Macam mana nak ada pendapatan.

Risau yang berlebihan juga dapat jadi faktor kepada writer's block. Tetapi macam mana tak risau. Kalau tak risau, nampak tidak peduli pula. Aku pun punya tanggungan yang perlu diberi makan dan minum. Mungkin dah tiba juga masanya untuk aku berhenti mencari alasan, dan terus mencari cara dan berusaha untuk mengejar apa yang aku impikan. Terlalu banyak isu-isu yang tak selesai pada waktu kecil ini memang susah. Rasa terikat dengan kegusaran masa lalu yang menyerabutkan. Tugas aku pada ketika ini ialah teruskan usaha bersungguh-sungguh. Jika usaha, kebarangkalian untuk berjaya lebih tinggi dari menunggu sahaja. 

Moga aku lebih kuat melawan keresahan dan kegelapan minda dan pemikiran aku sendiri selepas ini. Aku tak boleh mencari salah orang lain lagi. Aku kena keluar dari perasaan sebegini dan bergerak ke arah kemampuan aku dengan sepenuhnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Menyingkap Fungsi Figura Ayah (father figure) dalam Membentuk Peribadi Remaja : Sebuah Ulasan Drama Projek: High Council

Membaca The Art Of Loving pada Tahun 2024

Penghijrahan Sebagai Sebuah Idea Kebebasan