Posts

Showing posts from October, 2022

Multisemesta sebagai Mimpi yang Tidak Terjamah

  Dalam disiplin ilmu psikologi, khususnya psikoanalisis, mungkin multisemesta boleh dijelaskan dengan keinginan keinginan seseorang itu yang telah di tekan ke dalam minda bawah sedar. Freud berpendapat dalam teorinya berkenaan bagaimana keinginan keinginan manusia tidak hilang, tetapi sebenarnya telah ditekan (repressed) ke dalam minda bawah sedar. Keinginan keinginan tersebut ditekan sehingga kita tidak akan ingat mengenainya kerana dikhuatiri jika kita tahu dan ingat, keinginan tersebut akan mengawal emosi dan minda sehingga akan mengganggu kehidupan realiti/sebenar seseorang itu.   Jika dalam filem Dr Strange in The Multiverse of Madness menjelaskan mimpi merupakan kejadian yang sebenar terjadi kepada kita namun di multisemesta yang berbeza, ini juga sebenarnya tidak lari jauh dari idea dan teori Freud mengenai mimpi yang merupakan pintu kepada keinginan keinginan yang telah ditekan di dalam minda bawah sedar. Mimpi, menurut Freud merupakan kepingan kepingan kepada ke...

Rasuah Sebagai Neobehaviorisma Baru

  Rasuah merupakan antara barah dalam sesebuah organisasi ataupun negara yang telah lama bertapak. Rasuah tidak sepatutnya diberi tumpuan untuk huraian lagi. Apatah lagi dalam iklan yang baru-baru ini ditayangkan di televisyen, seorang budak perempuan yang masih bersekolah rendah sudah tahu apa itu rasuah serta boleh menegur si ayah untuk tidak turut terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral ini. Syed Hussein Al-Attas telah menulis dengan begitu jelas dan panjang di dalam bukunya. Syed Hussein tidak menulis sebuah, bahkan sebanyak dua buku berkenaan dengan rasuah serta kesannya yang mampu menjatuhkan sesebuah negara. Sebagai seorang ilmuan dalam bidang sosiologi, penulisan beliau mengenai rasuah ini menunjukkan kepada kita bahawa rasuah atau apa juga namanya yang begitu pelbagai itu, perlu dibanteras sehingga ke akar umbi. Tidak dapat dinafikan rasuah pada hari ini sudah menjadi satu amalan yang dilihat biasa. Syed Hussein di dalam bukunya Kita dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah, ...

TENTANG ERTI BAHAGIA

  Pernah aku terfikir akan justifikasi bahagia itu apa. Sepanjang perjalanan menunggang motorsikal jenama SYM Bonus dari Sungai Petani menuju ke UUM Sintok, seringkali juga minda aku melayang ke tempat lain. Pernah sekali itu, aku nyaris nyaris ditimpa kemalangan di atas lebuhraya. Mujur juga motorsikal aku itu tidak mampu memecut laju, maka sempat juga aku berhenti sebelum berlanggar dengan lori yang terpaksa berhenti di tepi lebuhraya kerana terdapat kerosakan pada enjinnya itu. Ternyata ada juga hikmahnya.   Perjalanan yang agak jauh itu mengambil masa 2 jam lebih juga, membawa erti bahawa aku perlu keluar dari rumah pada pukul 6.30 pagi, ketika mana mentari masih lagi belum memancarkan sinarnya. Perjalanan penuh dengan keghairahannya yang tersendiri, bukankah begitu? Sepanjang perjalanan aku menuju ke tempat kerja, rasanya dua kali juga motosikal aku mati di tengah perjalanan kerana minyak motor sudah habis. Ya, walaupun kerap juga berulang alik, kadang-kadang aku masi...