Posts

Showing posts from October, 2025

Mumbling Around

Ok juga kalau dapat menulis anekdot di sini supaya tersusun semula penulisan aku untuk dijadikan manuskrip. Pukul 1.24 pagi ketika aku sedang menulis dan menyiapkan manuskrip terjemahan untuk dihantar kepada penerbit. Dengan keadaan kehidupan sekarang, waktu yang sesuai untuk menyiapkan penulisan hanya pada waktu malam sahaja. Lebih menenangkan. Cuma kadang-kadang ada juga rasa seram. Hahaha, itulah Nisa cakap juga asyik dok tengok filem seram nanti takut nak berjaga malam.  Tapi itulah, kami berdua kerap juga melayan filem seram. Tapi sebab waktu aku menulis ini masih malam maka aku cuba tamatkan isu ini secepat mungkin. Hahaha. Menulis menenangkan aku. Sejak dari terpaksa bekerja dalam kesihatan lagi aku menjadikan penulisan dan pembacaan sebagai eskapisme dalam keterpaksaan bekerja. Ada beberapa yang berselirat dalam minda dalam tempoh seminggu ini. Keputusan untuk berhiatus dengan memadam akaun media sosial mungkin secara tidak sedar dah lama aku ingin lakukan. Sejak dari mula ...

Mimpi Mak

Beberapa malam ini kerap pula mimpikan mak. Mak seperti biasa berpakaian penuh bertudung labuh berwarna ungu, dan berkurung. Seolah-olah mengenali mak di dalam mimpi sebagai wanita yang bukan mak sendiri. Mungkin sebab kebanyakan gambar yang ada merupakan gambar mak berpakaian penuh menutup aurat. Dan gambar mak berpakaian ungu merupakan gambar yang sering aku ulang tengok merangkul 'Ali yang baru berusia 15 hari. Ia merupakan gambar mak berjumpa dan melihat cucu lelakinya buat pertama kali dan juga buat kali terakhir. Mimpi yang selalu keluar berbeza namun temanya tetap sama. Ia melibatkan seluruh ahli keluarga, kadang-kadang ada mak dan abah sahaja dan aku di dalamnya. Rasa agak janggal sebab mimpikan mak selepas berhenti ini cukup kurang dan tak jangka untuk mimpikan mak. Mungkin kerana ada perasaan malu dan segan untuk berjumpa atau bertemu dengan mak, walaupun dalam mimpi. Mengemudi kehidupan dengan bersendirian tanpa dibantu dan didorong oleh sesiapa terutama mak dan abah cuk...

Hampir Setahun Menganggur

Sudah hampir setahun sejak berhenti dari pekerjaan Medical Assistant. Cukup menenangkan. Walaupun cabaran yang dilalui sehingga hari ini cukup memberi duga yang tidak dapat diungkapkan. Aku juga tidak menyangka akan menjadi sebegini. Ya, untuk berhenti dari bekerja dalam bidang yang tidak minat cukup melelahkan. Apatah lagi telah bekerja hampir 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berhenti. Dengan berhentinya perkhidmatan dalam kerajaan, maka aku juga telah berhenti dari menyambung pengajian sarjana psikologi di UKM. Bukan tidak mahu untuk menyambung, namun kekangan dari sudut kewangan yang tidak stabil, dengan perubahan sesi kelas ke fizikal yang sebelum ini boleh dilakukan secara dalam talian menyukarkan aku untuk ke sana dari gurun. Sebelum raya puasa tahun ini, aku telah kehilangan dua perkara yang penting buat aku. Pekerjaan tetap yang mampu menjana kewangan stabil serta pembelajaran dalam sarjana yang sepatutnya aku mungkin dah separuh perjalanan untuk mendapat ijazah sarja...