Posts

Showing posts from 2015

Dilema Bakal Penjawat Awam(Bahagian 1)

Penantian bakal berakhir, mungkin itu sudah cukup untuk menggambarkan perasaan seramai lebih kurang 600 orang(anggaran dari kumpulan PPW15) setelah mendapat perkhabaran dari rakan sejawatan yang rata-ratanya telah mendapat surat perlantikan.Status ini bukan merujuk khusus kepada kita yang bakal menjadi Penolong Pegawai Perubatan mungkin tidak kurang dari tiga minggu lagi,tetapi status ini ditulis khusus untuk bakal-bakal penjawat awam dan juga penjawat awam atau lebih mesra di panggil kakitangan kerajaan. Keseronokan mendapat berita hari ini dan mungkin selepas ini tidak dapat tidak untuk kita merenung dan melihat kembali beberapa isu kebelakangan ini yang sering heboh di media sosial, apatah lagi di kaca-kaca tv serta surat khabar. Isu kebiadapan staf hospital dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan(pesakit), isu mengenai keberanian Mejar Ahmad Zaidi dalam mempersoalkan mengenai keberkesanan dakwat hitam semasa pilihanraya baru-baru ini, isu mengenai staf-staf kerajaan(hospi...

Apa Itu Intelektual

Seringkali kita mendengar dalam kelas sewaktu pembelajaran, ketika pengucapan awam di perhimpunan malah ketika di mana-mana program dalam kolej sebutan menjadi pelajar/penjawat awam yang cekap dalam kerja serta menjadi penuntut kolej yang berintelektual. Sama ada sedar atau tidak, apa yang sering difokuskan di dalam kelas adalah cuma untuk mahir dalam bidang yang dipelajari, di samping itu pembinaan akhlak serta moral dan jati diri kebanyakan dari kita hampir terabai dan hilang. Jika kolej tidak mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin dalam peraturan, dan sistem pendidikan tidak mampu memanusiawikan sebahagian daripada kita, lantas siapa yang perlu dipersalahkan? Apakah itu intelektual?Dan apakah dengan menyambung pengajian pasca sekolah menengah, memasuki kolej-kolej serta universiti-universiti itu dikira sebagai berintelektual?Dan apakah kepentingannya berintelektual dalam konteks kita sebagai pelajar paramedik dan bakal menjadi penjawat awam suatu masa nanti? Di dalam mengej...