Dilema Bakal Penjawat Awam(Bahagian 1)
Penantian
bakal berakhir, mungkin itu sudah cukup untuk menggambarkan perasaan seramai
lebih kurang 600 orang(anggaran dari kumpulan PPW15) setelah mendapat perkhabaran
dari rakan sejawatan yang rata-ratanya telah mendapat surat perlantikan.Status
ini bukan merujuk khusus kepada kita yang bakal menjadi Penolong Pegawai Perubatan
mungkin tidak kurang dari tiga minggu lagi,tetapi status ini ditulis khusus
untuk bakal-bakal penjawat awam dan juga penjawat awam atau lebih mesra di
panggil kakitangan kerajaan.
Keseronokan
mendapat berita hari ini dan mungkin selepas ini tidak dapat tidak untuk kita
merenung dan melihat kembali beberapa isu kebelakangan ini yang sering heboh di
media sosial, apatah lagi di kaca-kaca tv serta surat khabar. Isu kebiadapan
staf hospital dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan(pesakit), isu
mengenai keberanian Mejar Ahmad Zaidi dalam mempersoalkan mengenai keberkesanan
dakwat hitam semasa pilihanraya baru-baru ini, isu mengenai staf-staf
kerajaan(hospital) yang mempunyai masalah peribadi,akhlak dan berbagai lagi
yang sering timbul di media massa secara tidak langsung menggugat kredibiliti
sebahagian penjawat awam lain,malah lebih teruk lagi mampu mengurangkan
kepercayaan pelanggan untuk mendapatkan khidmat daripada staf awam. Teringat
kata-kata seorang guru sewaktu masih menuntut di kolej dahulu.
"apa
guna jika hanya mempercekap ilmu dan kemahiran dalam bidang yang kita pelajari,
andai tiada pelanggan yang mahu menggunakan kemahiran kita kerana hilangnya
kepercayaan?"
Masalah skeptikal
dan hujah yang cuma hentam kromo memang boleh dilontarkan sebagai self defense untuk mempertahankan sebilangan
dari kita yang masih mempunyai akhlak dan peribadi yang unggul, namun dua
perkara harus diberi perhatian. Pertamanya,apabila sesuatu isu atau masalah
timbul, biarpun tanpa fakta dan hujah yang kukuh tetap perlu diberi perhatian
dan diambil tindakan. Kedua, kritikan itu mungkin bukan untuk kita, mungkin
hanya sebahagian yang berperangai begitu tetapi harus diingat bahawa kita
berkongsi periuk nasi yang sama, bekerja di bawah bumbung yang sama maka tidak dapat
tidak isu ini harus diberi perhatian yang serius.Siapa yang suka jika rakan
sejawatan dengan kita mempunyai masalah dari segi akhlak dan peribadi, bukan?
Apa
masalah kebanyakan penjawat awam sehingga kebanyakan dari kita sering diprovok
dan selalu dinafikan kredibilii oleh kebanyakan orang?Melihat kemampuan dan
kemahiran yang dilatih oleh guru-guru yang berpengalaman mampu menolak hujah bahawa
pelatih kakitangan awam kurang mendapat latihan. Dan apa yang dapatdisimpulkan
daripada banyak permasalahan yang sering timbul ialah masalah sikap diri sendiri
dan mungkin juga mentaliti yang rendah
oleh masyarakat.
Merujuk
kepada buku Pedagogi Bahasa Tertindas tulisan ZulFikri Zamir, permasalahan kepada
sikap kemanusiaan yang dilihat semakin hilang ditelan arus globalisasi ini
diolah sebagai masalah kecelaruan minda dan niat dalam pembelajaran. Sikap atau
niat untukbelajar semata-mata untuk mengejar markah-markah, belajar hanya
semata-mata untuk lulus telah menutup niat untuk belajar kerana cinta,
keinginan dan untuk kebaikan manusiawi. Menurut Armahedi Mahzar, impak sains
keilmuan untuk kepentingan manusia menampakkan impak yang cukup menakutkan.
Salah satudaripadanya ialah keretakan sosial, keterbelahan personal, dan
keterasingan mental yang terkesan akibat daripada kehidupan urban yang
berasaskan kemajuan ekonomi. Maka atas hujah di atas ini sepatutnya akan
timbullah suatu persoalan lagi dalam diri kita jika kita masih mahu berfikir. Jika
kolej atau institusi pengajian tidak mampu menjadikan kita manusia yang lebih
baik daripada sebelum, lantas jika segala macam ilmu dan maklumat boleh diakses
secara percuma dan segera hanya dengan mempunyai komputer dan sambungan
internet, maka apa tujuan kolej-kolej serta institusi pengajian ditubuhkan?
Perbahasan
mengenai fungsi pendidikan dalam membina jati diri manusia secara tidak langsung
akan membuka pekung kepada lemahnya sistem pendidikan yang diguna pakai dalam
negara. Maka perbahasan ini sepatutnya lebih panjang dan akan dihurai lebih
lanjut dalam artikel akan datang. Dan secara tidak langsung kelemahan sistem
pendidikan ini juga mampu menjawab hujah mentaliti masyarakat dalam negara yang
mungkin mudah skeptikal, mudah menyebar berita dan percaya tanpa mengkaji atau
selidik dahulu. Dan sudah tentu permasalahan utama iaitu pergeseran dalam
politik kepartian yang lebih kepada taksub dan mudah melabel menjadi salah satu
daripada punca utama. Tidak dinafikan percambahan dalam definisi keilmuan serta
perbahasan yang pelbagai dalam menghurai sesuatu isu/bidang mampu menjadikan
kita lebih berfikiran terbuka, dan lebih matang jika dihurai serta difahami
dengan minda dan hati yang juga terbuka.
Mengakhiri
artikel ini lantas membuatkan kita tertanya-tanya apakah dilema yang sebenarnya
bakal dihadapi oleh kita?Ya, secara tidak sedar kita mempunyai dilema dalam
memilih sama ada ingin menjadi robot ataupun manusia. Memilih untuk menjadi pseudo homosapien yang hanya pergi
kerja.balik rumah dan teruskan rutin yang sama setiap hari tanpa kita sedar roh
dan jiwa manusiawi kita memerlukan lebih daripada itu. Atau kita mampu memilih
menjadi manusia, manusia yang mula memikirkan bukan hanya diri sendiri tetapi
untuk orang yang berada di sekeliling kita, manusia yang mula sedar kepentingan
mencari segala macam jenis ilmu dalam membentuk keperibadian diri sendiri. Ilmu
itu cahaya, maka hanya cahaya yang mampu menerangi kembali jiwa-jiwa manusiawi kita
yang mungkin semakin gelap di telan arus globalisasi. Masing-masing mempunyai
pilihan, maka pilihlah apa yang dirasakan perlu. Memetik kata-kata Prof Hamka
untuk dikongsikan di sini,
Kalau
hidup sekadar hidup, babi di hutan
juga
hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera juga
bekerja.
Huraian yang panjang dan
lengkap akan aku tulis selepas ini beserta huraian mengenai isu Mejar Ahmad Zaidi.
-memanusiawikan manusia,
membudayakan ilmu-
Comments
Post a Comment