Posts

Showing posts from September, 2022

TENTANG KECELARUAN KOGNITIF

  Baru-baru ini, heboh di media sosial tentang isu seorang wanita yang bercerita tentang masalah kehidupannya yang semakin menyerabutkan jiwanya. Kisah wanita tersebut tentang bagaimana kerisauan dia dan suaminya yang masih belum mempunyai pekerjaan yang stabil, dihimpit pula dengan situasi yang menurutnya semakin membimbangkan dirinya dan juga suaminya, iaitu wanita tersebut telah disahkan mengandung. Wanita tersebut diakhir penulisannya memohon pendapat daripada pembaca sama ada perlu meneruskan dengan menjaga kandungan tersebut atau menggugurkan kandungannya yang baru berusia sebulan. Isu ini, malah berbagai isu-isu atau permasalahan, konflik yang berlaku akibat menghadapi masalah dan sukar untuk berfikir dengan baik merupakan antara salah satu contoh yang digelar kecelaruan kognitif. Kecelaruan kognitif ini merupakan antara perkara yang biasa, sering berlaku kepada individu. Kita sedia maklum bahawa kehidupan di dunia ini, tidak pernah dapat lari dari masalah. Kemampuan seseo...

ULASAN BUKU KAUNSELING DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM TULISAN RIZAL ABU BAKAR

  Psikologi Islam tidak berputar di dalam bulatan yang sama. Itu yang dapat saya simpulkan selepas membaca naskhah nipis yang diterbitkan oleh Utusan Publications pada tahun 2009 ini. Buku yang mempunyai sekitar 120 muka surat mungkin tidak dapat menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan dengan kaunseling daripada sudut Islam, tetapi ia dapat memberi pendedahan kepada pembaca seperti saya dalam memahami asas-asas kaunseling Islam yang semakin berkembang disiplin ilmunya. Kaunseling merupakan antara salah satu cabang di dalam ilmu psikologi. Ilmu yang digelar sebagai ilmu jiwa oleh Fadlullah Wilmot di dalam terjemahan buku magnum opus Prof Malik Badri merupakan antara disiplin ilmu yang sangat sukar dan mencabar untuk difahami serta dihayati oleh manusia. Kekuatan pada disiplin ilmu psikologi ini tidak hanya pada bagaimana kesukaran untuk memahami minda serta pemikiran individu yang mendasari tingkah laku mereka, tetapi disiplin ilmu ini merupakan antara salah satu cabang ilmu yan...

IDEA IDEA PROF MALIK BADRI TERHADAP BEHAVIORISMA

  Prof Hatta telah menulis sebuah artikel di dalam Dewan Masyarakat yang dipisahkan kepada tiga bahagian mengenai psikoanalisis, tokohnya iaitu Sigmund Freud dan juga pandangan Prof Malik Badri terhadap psikoanalisis sebagai teori psikologi yang tidak bertuhan. Penulisan beliau terhadap kritikan yang dilakukan oleh Prof Malik Badri dalam menyedarkan pelajar dan juga ahli psikologi Muslim agar tidak berterusan mengikut teori-teori psikologi barat menunjukkan bahawa Prof Malik Badri merupakan seorang tokoh revolusi dalam bidang psikologi. Kritikan yang dilakukan oleh Prof Malik Badri terhadap teori psikologi barat ini sekaligus telah membuka ruang dan peluang kepada ahli psikologi untuk mula menggali khazanah tokoh-tokoh ilmuan Muslim yang terdahulu dalam mencari serta menubuhkan teori baru di dalam bidang ilmu jiwa ini iaitu teori psikologi islam. Kritikan Prof Malik Badri terhadap teori psikologi barat tidak berhenti kepada psikoanalisis sahaja. Dalam buku magnum opusnya, The Dil...