Coretan buatmu Duhai Anak
Assalamualaikum anakku, Ketahuilah olehmu bahawa penulisan babamu ini merupakan untaian perasaan diriku buat dirimu dan juga buat bondamu, kekasih baba yang amat baba cintai. Tanggal 4 April 2022, bondamu mengejutkan babamu ini dengan dua garis biru setelah baba pulang dari kerja. Buat pengetahuan dirimu, baba dan juga bonda telah berkahwin dan saling mencintai sudah hampir empat tahun. Sepanjang perkahwinan kami, tiada keraguan antara sesama kami, dalam mengharungi rumahtangga yang penuh suka dan duka. Baba mendengar cerita dari bondamu, tentang bagaimana bondamu merasa mual dan loya ketika memasak untuk berbuka puasa. Pada awalnya bondamu merasakan cuma penyakit gastrik di bulan puasa sahaja, namun dia berasa hairan kerana bondamu cuma loya dan mual ketika memasak sahaja. Oleh kerana itu, bondamu telah membuat ujian UPT dan seketika kemudian telah berkongsi berita yang penuh kegembiraan buat kami berdua ini. Bondamu berulang kali menenangkan baba, bahawa...