Permulaan Perjalanan Sebagai Seorang Pelajar Pascasiswazah
Bulan Mac tahun ini merupakan permulaan bulan yang cukup menyibukkan. Bermulalah perjalanan sebagai seorang pelajar sarjana (master) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku masih ingat lagi 14 tahun yang lepas, UKM merupakan antara universiti yang aku ingin masuk dan menyambung pelajaran kerana UKM antara satu-satunya universiti yang mempunyai kos matematik (pure mathematics). Jika di kenang peristiwa-peristiwa lepas yang kelihatannya banyak yang cukup melukakan, nescaya tidak mungkin akan habis satu makalah. Mr Gan pun pernah cakap hari itu tentang memberi fokus penulisan pada pekerjaan aku sekarang. Tapi entahlah, mungkin sebab dah lama tak menulis fiksyen, cukup susah nak karang situasi dan suasana dengan baik. Perjalanan menjadi pelajar sarjana mungkin akan cukup berliku. Sehingga hari ini aku masih terawang-awang lagi dalam menulis kerangka kajian dengan baik. Kadangkala timbul juga doubt untuk tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Selalu kalau fasa-fasa sebegini, bersemb...