Dilema Bakal Penjawat Awam(Bahagian 1)
Penantian bakal berakhir, mungkin itu sudah cukup untuk menggambarkan perasaan seramai lebih kurang 600 orang(anggaran dari kumpulan PPW15) setelah mendapat perkhabaran dari rakan sejawatan yang rata-ratanya telah mendapat surat perlantikan.Status ini bukan merujuk khusus kepada kita yang bakal menjadi Penolong Pegawai Perubatan mungkin tidak kurang dari tiga minggu lagi,tetapi status ini ditulis khusus untuk bakal-bakal penjawat awam dan juga penjawat awam atau lebih mesra di panggil kakitangan kerajaan. Keseronokan mendapat berita hari ini dan mungkin selepas ini tidak dapat tidak untuk kita merenung dan melihat kembali beberapa isu kebelakangan ini yang sering heboh di media sosial, apatah lagi di kaca-kaca tv serta surat khabar. Isu kebiadapan staf hospital dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan(pesakit), isu mengenai keberanian Mejar Ahmad Zaidi dalam mempersoalkan mengenai keberkesanan dakwat hitam semasa pilihanraya baru-baru ini, isu mengenai staf-staf kerajaan(hospi...