Nukilan Keresahan Hati
Jika diikutkan tarikh akhir menulis di sini, telah hampir dua bulan aku tidak menconteng apa apa di kanvas peribadi ini. Pada ketika aku menulis ini, pada pagi jam 2. Sudah beberapa hari aku tidur tanpa ada rasa ketenangan di dalam diri. Mungkin kerana berbagai perkara yang berlaku dalam tempoh bulan ini yang menyebabkan segala pergerakan, malah pemikiran agak berselirat dan hampir memaksa diri untuk berputus asa. Tiada tujuan lain ketika menulis diari ini. Mungkin ini sahaja saat dan ketika aku dapat merungkai segala keserabutan di minda dengan menekan abjad di papan kekunci ini. Ada yang menyatakan menulis dapat memberi ketenangan dalam usaha pencarian diri. Itu mungkin terlihat benar pada sisi pandang aku sekarang. Perubahan cara mengemudi kehidupan bermula bulan ini cukup memenatkan. Selalu juga Nisa bertanya penat yang seronok atau penat yang tidak seronok. Penat yang seronok tetapi dalam masa yang sama juga cukup menakutkan. Aku bersyukur pada Tuhan, sesungguhnya sanga...