Posts

Showing posts from December, 2025

Job Hunting

Baru sempat nak menulis lagi di sini. Agak sibuk juga beberapa hari ini, dengan tiba-tiba sakit pula. Susah juga sakit ketika miskin ni. Tak mampu nak menulis, bekerja maka duit pun tiada. Bila berada sangat jauh di bawah, macam macam lah perasaan yang datang, terutamanya rasa rendah diri. Mungkin itu yang mengekang aku untuk tidak mampu menulis dengan baik sepanjang bekerja sendiri ini. Baru lepas mengisi borang untuk menjadi tutor part time sementara di OUM. Entahlah akan dipanggil atau tidak untuk ditemuduga. Kalau mengikut credential, tidak lepaslah. Aku baru ada degree saja. Yang diperlukan master atau phd. Nak kerja sebegitu perlu sambung belajar. Tapi nak sambung belajar perlukan duit. Tiada duit, kena kerja. Nak kerja, kelayakan tak mencukupi pula. Sedang menunggu juga balasan dari dua universiti swasta untuk permohonan kerja. Sangat berharap agar diterima atau dipanggil untuk interview pun ok lah. Kalau dalam kertas mungkin aku kuranglah segala-galanya. Tapi kalau dipanggil ke...