Job Hunting
Baru sempat nak menulis lagi di sini. Agak sibuk juga beberapa hari ini, dengan tiba-tiba sakit pula. Susah juga sakit ketika miskin ni. Tak mampu nak menulis, bekerja maka duit pun tiada. Bila berada sangat jauh di bawah, macam macam lah perasaan yang datang, terutamanya rasa rendah diri. Mungkin itu yang mengekang aku untuk tidak mampu menulis dengan baik sepanjang bekerja sendiri ini.
Baru lepas mengisi borang untuk menjadi tutor part time sementara di OUM. Entahlah akan dipanggil atau tidak untuk ditemuduga. Kalau mengikut credential, tidak lepaslah. Aku baru ada degree saja. Yang diperlukan master atau phd. Nak kerja sebegitu perlu sambung belajar. Tapi nak sambung belajar perlukan duit. Tiada duit, kena kerja. Nak kerja, kelayakan tak mencukupi pula.
Sedang menunggu juga balasan dari dua universiti swasta untuk permohonan kerja. Sangat berharap agar diterima atau dipanggil untuk interview pun ok lah. Kalau dalam kertas mungkin aku kuranglah segala-galanya. Tapi kalau dipanggil ke interview dan mereka menguji tentang teori-teori dalam psikologi, aku sangat yakin aku boleh jawab dengan baik.
Susah juga kehidupan begini. Mungkin perlu juga selesaikan rasa rendah diri dan tetap yakin pada diri sendiri untuk bekerja sendiri. Semoga ada sinar dalam perjalanan kehidupan ini. Tidak perlu sinarnya cerah, mungkin cukup untuk menyinari sebuah rumah pun dah ok. Aku tak mahu juga hidup terlalu selesa, tetapi tidak cukup dan tiada pendapatan ini terlalu teruk juga. Kalau aku hidup sendirian tiada masalah. Tetapi dengan berkeluarga dan dalam proses menanti kehadiran orang keempat dalam keluarga, sekurang-kurangnya ada pendapatan tetap pun dah ok sangat.
Semoga tuhan sentiasa permudahkan rezeki untuk kita semua.
Comments
Post a Comment