Posts

Showing posts from November, 2025

Hujung November

Hari ini baru berkesempatan nak buka laptop, dan menyiapkan tugasan. Hujung minggu lepas, sibuk sedikit. Along sekeluarga bermalam di rumah. Seronok juga along datang rumah. Banyak mengingat kenangan lalu sambil menyembang tentang adik beradik sekarang. Hari ini menyiapkan kerja di bilik tengah, bilik mainan dan bakal jadi bilik 'Ali nanti. Atau mungkin bilik kongsi dia dengan adiknya. Entahlah, aku sebenarnya teruja juga bila Nisa mengandung. Seronok sangat. Rasa macam kehidupan kembali mempunyai makna. Atau mungkin ia sekadar rasa yang instant, segera sahaja. Bukanlah bermaksud aku bergantung pada orang lain untuk menjalani kehidupan aku sendiri. Cuma aku memerlukan mereka dalam kehidupan aku. Namun yang merisaukan bila keluarga makin bertambah ini adalah kestabilan kewangan. Mungkin tidak sepatutnya aku risau pada benda yang mungkin atau tidak mungkin terjadi. Sebaliknya kena terus fokus berusaha semampu yang boleh untuk kelangsungan kehidupan mereka. Dan tidak lagi berharap pad...

Mohon Kerja

Hari ini setelah beberapa minggu berfikir akhirnya aku menghantar juga permohonan untuk menjadi pensyarah di beberapa buah universiti swasta. Jika diikutkan dengan kelayakan aku sekarang ini mungkin peluang sangat tipis lah untuk diterima, apatah lagi untuk dipanggil temuduga. Tetapi Mr Gan pernah cakap supaya cubalah memohon. Mana tahu mereka berminat dengan kelayakan dan pencapaian kita dan diterima. Kalau ada rezeki, ditaja sambung master memang bersyukurlah sangat-sangat. Hari ini aku mengenangkan kembali perjalanan menyambung master yang tidak habis. Terpaksa berhenti dari menghabiskan disebabkan oleh tiada duit. Dengan keadaan hutang aku sekarang, tak mampu juga untuk meminjam dari PTPTN. Risau tak dapat dan pening pula nak membayar. Aku rasa hilang separuh diri bila terpaksa berhenti dari belajar. Ia satu satunya yang membuatkan aku rasa hidup dan selangkah untuk mengejar impian dan cita-cita. Mungkin masanya belum sesuai untuk aku menyambung dan menghabiskan master. Entahlah, y...

Good Fortune

Dekat lima hari juga tak menulis di blog ni. Bermakna sepanjang tempoh lima hari ni aku kurang buka laptop. Betul juga, hujung minggu dua hari menghabiskan masa dengan Nisa dan 'Ali. Nisa ajak keluar jalan hari jumaat. Maka berjalanlah kami ke Aman Central, habiskan masa dan duit untuk melihat mereka senyum gembira. Hari Sabtu tidak ke mana, kami dalam rumah sahaja, habiskan masa menonton filem. 'Ali dengan cerita sesi bertukar dia, kami pula memilih The Ghost Game dari Korea serta Good Fortune arahan Aziz Ansari. Filem seram korea boleh lah layan. Biasalah filem seram, mengupas misteri dan keanehan yang akhirnya dibawa oleh mereka yang tidak mampu menyelesaikan fasa kedukaan dengan baik. Good Fortune cukup menarik. Ideanya mungkin fresh pada fasa sekarang. Aziz Ansari dengan gaya komedinya membawa sebuah filem yang cuba untuk menyedarkan penonton tentang hakikat kesusahan dalam kehidupan. Sambil mengkritik juga sistem kapitalis yang wujud pada tahap tahap pekerjaan malaikat, G...

Writer's Block

Susahnya bekerja sendiri ini pada mulanya adalah pada pengurusan masa. Aku selalu terlupa pembacaan dan penulisan, perlu dipisahkan untuk pekerjaan dan juga untuk hobi. Pola pembacaan aku juga dah lama menurun. Sering doze off, ralit dan slow. Tapi sejak tutup semua media sosial ni dapatlah juga untuk menikmati pembacaan dengan tenang, tanpa ada rasa terganggu nak berhenti sekejap untuk pantau media sosial. Paling terkini apa yang aku rasa adalah rasa apa yang dilakukan tidak berguna. Aku menghabiskan bacaan buku untuk menulis namun ketika ingin menulis tiba-tiba hilang idea dan stuck terlalu lama untuk menulis. Beberapa kali juga jadi begitu. Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin terlalu push untuk menyiapkan penulisan. Tetapi kalau tak push diri sendiri, bila nak siap. Macam mana nak ada pendapatan. Risau yang berlebihan juga dapat jadi faktor kepada writer's block. Tetapi macam mana tak risau. Kalau tak risau, nampak tidak peduli pula. Aku pun punya tanggungan yang perlu diberi maka...

Catatan Awal November

Tiga hari lepas menjaga 'Ali seharian. Kami memilih untuk tak hantar 'Ali ke tasti sebab kawannya Ubai tak ke tasti juga. Ada beberapa kali kalau Ubai tiada cikgu di sekolah beritahu dia akan duduk berseorangan di tepi koridor ruang tasti. Rasa sayu juga. Fasa sebegini fasa dia nak berseronok dan bermain dengan kawan-kawan. Tapi yang ada di situ bayi dan paling berumur pun tidak sampai setahun.  'Ali suka bermain dengan mereka yang lebih berusia atau sama umur dengannya. Tapi dengan yang lebih muda dari dia, dia tak reti nak get along dengan mereka. Nisa kata sebab dia ni lebih kepada pengikut. Hahaha. Entahlah. Hari itu di Kopi Peng sementara menunggu order kami siap, sempat juga dia berjumpa kawan yang sebaya dan terus boleh get along. Cuma dia banyak mengikut daripada bermain dari idea dia sendiri.  Aku pula dalam keadaan lemau dah nak masuk seminggu. Rasa tidak bermaya seharian dan malamnya tidak dapat memberi fokus sepenuhnya dalam penulisan. Aku juga tidak pasti kenap...

Usaha

Baru sempat nak menulis setelah seharian berpenat lelah menjaga 'Ali. Siapa sangka, atau mungkin dah pernah orang jangka bahawa mengasuh, menjaga budak kecil memang memenatkan. Tambah pula anak sendiri. Banyak juga melayan karenah 'Ali. Aku rasa mungkin ini kali pertama dan insyaAllah seterusnya aku rasa cukup seronok melayan 'Ali selepas berhenti kerja. Aku ada banyak masa dengannya. Jika sebelum ini mungkin aku masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana bekerja sendiri, aku masih belum menerima ketentuan takdir tentang perjalanan kehidupan aku sehingga kini. Siapa sahaja yang tidak rasa sedih atau terkilan, dalam umur yang menghampiri 35 tahun aku masih lagi terkapai kapai dalam keserabutan dan kepayahan untuk mengejar impian dan cita-cita sendiri. Dalam keadaan kewangan yang terumbang ambing dan tiada kawan rapat untuk berkongsi atau meluah apa-apa, aku cukup bersyukur dikurniakan isteri dan anak yang sekarang ini menjadi seluruh dunia aku. Apa-apa perkara, perbua...