Mohon Kerja

Hari ini setelah beberapa minggu berfikir akhirnya aku menghantar juga permohonan untuk menjadi pensyarah di beberapa buah universiti swasta. Jika diikutkan dengan kelayakan aku sekarang ini mungkin peluang sangat tipis lah untuk diterima, apatah lagi untuk dipanggil temuduga. Tetapi Mr Gan pernah cakap supaya cubalah memohon. Mana tahu mereka berminat dengan kelayakan dan pencapaian kita dan diterima. Kalau ada rezeki, ditaja sambung master memang bersyukurlah sangat-sangat.

Hari ini aku mengenangkan kembali perjalanan menyambung master yang tidak habis. Terpaksa berhenti dari menghabiskan disebabkan oleh tiada duit. Dengan keadaan hutang aku sekarang, tak mampu juga untuk meminjam dari PTPTN. Risau tak dapat dan pening pula nak membayar.

Aku rasa hilang separuh diri bila terpaksa berhenti dari belajar. Ia satu satunya yang membuatkan aku rasa hidup dan selangkah untuk mengejar impian dan cita-cita. Mungkin masanya belum sesuai untuk aku menyambung dan menghabiskan master. Entahlah, yang sebaya dengan aku sekarang ini jika mereka tak into academic, dah beberapa step stabil dalam kerjaya yang diminati. Jika yang dalam bidang akademik, ada yang dah dapat PhD atau sedang menyambung PhD. 

Ada seorang kawan, sedang menyambung PhD di Jepun. Gila sungguh bila memikirkan. Aku yang sekarang ini kalau nak ke KL pun kena menabung berjimat menyimpan dua bulan gaji baru boleh ke KL dua tiga hari. Ini kan pula nak membayangkan ke luar negara. Mudah sungguh mereka yang punya peluang, dapat ke mana mana saja yang mereka idamkan. 

Kalau mak masih ada, mesti mak akan kata untuk kenang dan cherish good moments in life. Mak mungkin takkan cakap omputih sebegitu. Hahaha, tapi mak always being mak. Sentiasa optimis walaupun hampir seminggu berada dalam wad dengan chest tube ditebuk pada mak. 

Mak sentiasa optimis, walaupun pada ketika mak cakap yang mak redha dan tahu umurnya tak panjang. Mak memang begitu. Tenang sahaja walaupun pada masa masa sukar. Menulis tentang mak sahaja terus membuatkan air mata bergenang. Dah nak masuk tiga tahun mak pergi, lukanya masih terasa. 

Beberapa kali juga dalam fasa-fasa baru menjalani kehidupan baru, rasa kosong dan sangat memerlukan mak. Tak perlu pun mak buat apa-apa. Cuma nak mak ada sahaja, dan sentiasa menyokong dan memberi nasihat untuk mengangkat aku semula dari jatuh yang sekarang ini makin kerap pula jatuhnya. 

Perjalanan masih jauh. Ya, masih jauh. Semoga aku juga sentiasa bangkit semula dari kejatuhan dan teruskan berusaha sehabis baik. Semoga yang baik baik sahaja untuk semua. 

Angah sentiasa rindukan mak

Comments

Popular posts from this blog

Menyingkap Fungsi Figura Ayah (father figure) dalam Membentuk Peribadi Remaja : Sebuah Ulasan Drama Projek: High Council

Membaca The Art Of Loving pada Tahun 2024

Penghijrahan Sebagai Sebuah Idea Kebebasan