Catatan Awal November
Tiga hari lepas menjaga 'Ali seharian. Kami memilih untuk tak hantar 'Ali ke tasti sebab kawannya Ubai tak ke tasti juga. Ada beberapa kali kalau Ubai tiada cikgu di sekolah beritahu dia akan duduk berseorangan di tepi koridor ruang tasti. Rasa sayu juga. Fasa sebegini fasa dia nak berseronok dan bermain dengan kawan-kawan. Tapi yang ada di situ bayi dan paling berumur pun tidak sampai setahun.
'Ali suka bermain dengan mereka yang lebih berusia atau sama umur dengannya. Tapi dengan yang lebih muda dari dia, dia tak reti nak get along dengan mereka. Nisa kata sebab dia ni lebih kepada pengikut. Hahaha. Entahlah. Hari itu di Kopi Peng sementara menunggu order kami siap, sempat juga dia berjumpa kawan yang sebaya dan terus boleh get along. Cuma dia banyak mengikut daripada bermain dari idea dia sendiri.
Aku pula dalam keadaan lemau dah nak masuk seminggu. Rasa tidak bermaya seharian dan malamnya tidak dapat memberi fokus sepenuhnya dalam penulisan. Aku juga tidak pasti kenapa rasa sebegitu. Susah juga rasa sebegini tanpa justifikasi yang jelas. Nisa kata mungkin sebab aku penat atau rasa rendah diri tidak mampu nak menyiapkan penulisan. Mungkin juga. Beberapa hari lepas kena mengasuh dan menjaga 'Ali pada sebelah siang sewaktu Nisa mengajar di sekolah. Penat menjaga budak budak. Hahaha. Atau mungkin aku masih tidak jumpa cara yang sesuai mungkin.
Hari ini Nisa hantar juga 'Ali ke tasti walaupun Ubai tiada. Aku harap sangat sangat 'Ali ok di tasti. Masa yang ada berseorangan ini memang aku cuba untuk fokus siapkan kerja-kerja yang tergendala sudah tiga bulan. Sepatutnya dah siap terjemahan, apatah lagi manuskrip esei aku. Tetapi entahlah, aku banyak doze off. Mengelamun, termenung.
Aku berharap agar aku dapat menerima ketentuan dan takdir perjalanan kehidupan aku sekarang dengan redha dan tenang. Aku rasa seronok, rasa gembira dapat habiskan masa dengan 'Ali. Cuma mungkin rasa lemau dan ketidakberdayaan aku ini berpunca daripada kurang keyakinan diri sendiri kerana tidak dapat menjadi atau mengejar apa yang dicita-citakan dahulu. Aku risau aku tidak dapat membanggakan Nisa dan 'Ali.
Aku baru habiskan binge watching drama Suits. Sebelum ini ada dalam Netflix tapi susah nak tengok kerana terma-terma peguam korporat dengan laju depa bersembang tu jadi susah nak faham. Bila masuk dalam Prime, ada sarikata melayu pula jadi mudah lah nak faham. Ambil masa hampir dua minggu juga nak selesaikan menonton drama. Permulaan sampai Season 5,6 menarik sebab banyak berbincang kes. Masuk Season 7 sudah mula rasa bosan. Dinamik berubah, mungkin. Banyak muka muka biasa yang dah tak berlakon atas beberapa faktor. Paling terkesan bila Patrick Adams dengan Megan Markle tak join dah sebagai lead casting. Chemistry antara Mike Ross dengan Harvey Specter tu unik. Seronok kita tonton.
Sitkom ni bak kata Abed dalam Community boleh menjadi template dalam nak memahami behavior atau tingkah laku manusia dalam kumpulan kecil. Bukan skala besar seperti masyarakat. Betul juga. Aku perasan masuk season 8 sahaja berlaku keserabutan dalam mengelola dinamik perhubungan antara watak-watak dalam Suits. Paling besar dinamik yang perlu diselesaikan ialah perubahan Donna dari setiausaha kepada salah satu board director (ahli lembaga). Ada yang boleh sesuaikan diri terus dengan suasana seperti Wendell Pierce yang bawa watak Robert Zane. Mungkin sebab dia pun dah pernah masuk dari season 2 lagi tetapi tak kerap. Cuma waktu kita semakin mula nak serasi dengan wataknya, masa wataknya dikurangkan. Mungkin kerana Wendell Pierce tu sibuk dengan job lain gamaknya.
Merepek jauh dah aku ni. Tujuan menulis tentang Suits, Community itu nak menjelaskan tentang perubahan dinamik perhubungan sahaja. Seperti orang kata, waktu bercinta memang sweet romantik. Nanti dah kahwin baru nampak belang. Kalau kita faham bentuk dinamik perhubungan, benda ini tak tepat juga. Ada beza dinamik perhubungan sewaktu bercinta, bertunang dan juga dinamik perhubungan berkahwin, berkahwin setahun, dua tahun dan seterusnya. Termasuk juga apabila sudah mempunyai anak. Mudah kata, dinamik perhubungan ini bergerak selari dengan masa serta perubahan yang terhasil dari pergerakan masa.
Aku yang hari ini berbeza dari semalam. Begitu juga aku yang hari ini berbeza dengan aku yang esok. Kita berubah setiap hari mengikut masa kehidupan. Begitu juga dengan dinamik perhubungan. Akan jadi masalah apabila kita mahu mengekalkan dinamik perhubungan seperti bercinta kepada ketika berkahwin. Ada perubahan yang perlu diambil kira seperti tinggal bersama, berkongsi suka dan duka serta lain lain lagi. Lebih mudah untuk dikatakan yang salah untuk bandingkan tempoh bercinta dengan berkahwin. Permasalahan berlaku apabila lelaki atau perempuan apabila berkahwin masih menganggap atau berharap dinamik perhubungan masih sama dan tidak berubah.
Pemalar yang perlu kita terima dalam kehidupan adalah perubahan itu tetap akan berlaku. Changing is constant, whether we like it or not. Dengan menerima hakikat ini, maka kita akan boleh fokus kepada faktor lain yang menjadi beban atau kesukaran untuk kita bergerak dalam kehidupan.
Comments
Post a Comment