Posts

Showing posts from 2022

Multisemesta sebagai Mimpi yang Tidak Terjamah

  Dalam disiplin ilmu psikologi, khususnya psikoanalisis, mungkin multisemesta boleh dijelaskan dengan keinginan keinginan seseorang itu yang telah di tekan ke dalam minda bawah sedar. Freud berpendapat dalam teorinya berkenaan bagaimana keinginan keinginan manusia tidak hilang, tetapi sebenarnya telah ditekan (repressed) ke dalam minda bawah sedar. Keinginan keinginan tersebut ditekan sehingga kita tidak akan ingat mengenainya kerana dikhuatiri jika kita tahu dan ingat, keinginan tersebut akan mengawal emosi dan minda sehingga akan mengganggu kehidupan realiti/sebenar seseorang itu.   Jika dalam filem Dr Strange in The Multiverse of Madness menjelaskan mimpi merupakan kejadian yang sebenar terjadi kepada kita namun di multisemesta yang berbeza, ini juga sebenarnya tidak lari jauh dari idea dan teori Freud mengenai mimpi yang merupakan pintu kepada keinginan keinginan yang telah ditekan di dalam minda bawah sedar. Mimpi, menurut Freud merupakan kepingan kepingan kepada ke...

Rasuah Sebagai Neobehaviorisma Baru

  Rasuah merupakan antara barah dalam sesebuah organisasi ataupun negara yang telah lama bertapak. Rasuah tidak sepatutnya diberi tumpuan untuk huraian lagi. Apatah lagi dalam iklan yang baru-baru ini ditayangkan di televisyen, seorang budak perempuan yang masih bersekolah rendah sudah tahu apa itu rasuah serta boleh menegur si ayah untuk tidak turut terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral ini. Syed Hussein Al-Attas telah menulis dengan begitu jelas dan panjang di dalam bukunya. Syed Hussein tidak menulis sebuah, bahkan sebanyak dua buku berkenaan dengan rasuah serta kesannya yang mampu menjatuhkan sesebuah negara. Sebagai seorang ilmuan dalam bidang sosiologi, penulisan beliau mengenai rasuah ini menunjukkan kepada kita bahawa rasuah atau apa juga namanya yang begitu pelbagai itu, perlu dibanteras sehingga ke akar umbi. Tidak dapat dinafikan rasuah pada hari ini sudah menjadi satu amalan yang dilihat biasa. Syed Hussein di dalam bukunya Kita dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah, ...

TENTANG ERTI BAHAGIA

  Pernah aku terfikir akan justifikasi bahagia itu apa. Sepanjang perjalanan menunggang motorsikal jenama SYM Bonus dari Sungai Petani menuju ke UUM Sintok, seringkali juga minda aku melayang ke tempat lain. Pernah sekali itu, aku nyaris nyaris ditimpa kemalangan di atas lebuhraya. Mujur juga motorsikal aku itu tidak mampu memecut laju, maka sempat juga aku berhenti sebelum berlanggar dengan lori yang terpaksa berhenti di tepi lebuhraya kerana terdapat kerosakan pada enjinnya itu. Ternyata ada juga hikmahnya.   Perjalanan yang agak jauh itu mengambil masa 2 jam lebih juga, membawa erti bahawa aku perlu keluar dari rumah pada pukul 6.30 pagi, ketika mana mentari masih lagi belum memancarkan sinarnya. Perjalanan penuh dengan keghairahannya yang tersendiri, bukankah begitu? Sepanjang perjalanan aku menuju ke tempat kerja, rasanya dua kali juga motosikal aku mati di tengah perjalanan kerana minyak motor sudah habis. Ya, walaupun kerap juga berulang alik, kadang-kadang aku masi...

TENTANG KECELARUAN KOGNITIF

  Baru-baru ini, heboh di media sosial tentang isu seorang wanita yang bercerita tentang masalah kehidupannya yang semakin menyerabutkan jiwanya. Kisah wanita tersebut tentang bagaimana kerisauan dia dan suaminya yang masih belum mempunyai pekerjaan yang stabil, dihimpit pula dengan situasi yang menurutnya semakin membimbangkan dirinya dan juga suaminya, iaitu wanita tersebut telah disahkan mengandung. Wanita tersebut diakhir penulisannya memohon pendapat daripada pembaca sama ada perlu meneruskan dengan menjaga kandungan tersebut atau menggugurkan kandungannya yang baru berusia sebulan. Isu ini, malah berbagai isu-isu atau permasalahan, konflik yang berlaku akibat menghadapi masalah dan sukar untuk berfikir dengan baik merupakan antara salah satu contoh yang digelar kecelaruan kognitif. Kecelaruan kognitif ini merupakan antara perkara yang biasa, sering berlaku kepada individu. Kita sedia maklum bahawa kehidupan di dunia ini, tidak pernah dapat lari dari masalah. Kemampuan seseo...

ULASAN BUKU KAUNSELING DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM TULISAN RIZAL ABU BAKAR

  Psikologi Islam tidak berputar di dalam bulatan yang sama. Itu yang dapat saya simpulkan selepas membaca naskhah nipis yang diterbitkan oleh Utusan Publications pada tahun 2009 ini. Buku yang mempunyai sekitar 120 muka surat mungkin tidak dapat menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan dengan kaunseling daripada sudut Islam, tetapi ia dapat memberi pendedahan kepada pembaca seperti saya dalam memahami asas-asas kaunseling Islam yang semakin berkembang disiplin ilmunya. Kaunseling merupakan antara salah satu cabang di dalam ilmu psikologi. Ilmu yang digelar sebagai ilmu jiwa oleh Fadlullah Wilmot di dalam terjemahan buku magnum opus Prof Malik Badri merupakan antara disiplin ilmu yang sangat sukar dan mencabar untuk difahami serta dihayati oleh manusia. Kekuatan pada disiplin ilmu psikologi ini tidak hanya pada bagaimana kesukaran untuk memahami minda serta pemikiran individu yang mendasari tingkah laku mereka, tetapi disiplin ilmu ini merupakan antara salah satu cabang ilmu yan...

IDEA IDEA PROF MALIK BADRI TERHADAP BEHAVIORISMA

  Prof Hatta telah menulis sebuah artikel di dalam Dewan Masyarakat yang dipisahkan kepada tiga bahagian mengenai psikoanalisis, tokohnya iaitu Sigmund Freud dan juga pandangan Prof Malik Badri terhadap psikoanalisis sebagai teori psikologi yang tidak bertuhan. Penulisan beliau terhadap kritikan yang dilakukan oleh Prof Malik Badri dalam menyedarkan pelajar dan juga ahli psikologi Muslim agar tidak berterusan mengikut teori-teori psikologi barat menunjukkan bahawa Prof Malik Badri merupakan seorang tokoh revolusi dalam bidang psikologi. Kritikan yang dilakukan oleh Prof Malik Badri terhadap teori psikologi barat ini sekaligus telah membuka ruang dan peluang kepada ahli psikologi untuk mula menggali khazanah tokoh-tokoh ilmuan Muslim yang terdahulu dalam mencari serta menubuhkan teori baru di dalam bidang ilmu jiwa ini iaitu teori psikologi islam. Kritikan Prof Malik Badri terhadap teori psikologi barat tidak berhenti kepada psikoanalisis sahaja. Dalam buku magnum opusnya, The Dil...

Coretan buatmu Duhai Anak

  Assalamualaikum anakku, Ketahuilah olehmu bahawa penulisan babamu ini merupakan untaian perasaan diriku buat dirimu dan juga buat bondamu, kekasih baba yang amat baba cintai.   Tanggal 4 April 2022, bondamu mengejutkan babamu ini dengan dua garis biru setelah baba pulang dari kerja. Buat pengetahuan dirimu, baba dan juga bonda telah berkahwin dan saling mencintai sudah hampir empat tahun. Sepanjang perkahwinan kami, tiada keraguan antara sesama kami, dalam mengharungi rumahtangga yang penuh suka dan duka. Baba mendengar cerita dari bondamu, tentang bagaimana bondamu merasa mual dan loya ketika memasak untuk berbuka puasa. Pada awalnya bondamu merasakan cuma penyakit gastrik di bulan puasa sahaja, namun dia berasa hairan kerana bondamu cuma loya dan mual ketika memasak sahaja. Oleh kerana itu, bondamu telah membuat ujian UPT dan seketika kemudian telah berkongsi berita yang penuh kegembiraan buat kami berdua ini.   Bondamu berulang kali menenangkan baba, bahawa...

I-Tanggang : Penyakit Munchausen Syndrome By Proxy yang menidakkan autoriti Ibu Bapa terhadap Anak

  Sepanjang menonton drama bersiri I-Tanggang, saya cepat mengingat akan bagaimana setiap kanak-kanak dan remaja mempunyai keperluan psikologi mereka yang perlu diberikan dengan baik mengikut umur mereka. Memandangkan julat tayangan drama ini, saya baru lepas mempelajari subjek psikologi kanak-kanak dan juga sedang belajar psikologi abnormal di semester sekarang, maka saya merasakan bahawa drama bersiri I-Tanggang ini sebuah naskhah arahan Wan Hasliza, Wan Alauddin dan Rashidi Ishak yang amat menarik untuk ditonton.   I-Tanggang cuba untuk membawa penonton untuk melihat dari sudut berbeza sebuah cerita rakyat yang sering diulang cerita oleh setiap ibu bapa kepada anak-anaknya iaitu Si Tanggang. Kisah Tanggang yang menjadi kaya dan berkahwin dengan anak saudagar lalu menderhakai ibunya, kemudiannya disumpah oleh ibunya menjadi batu, menjadi sebuah cerita rakyat yang amat menakutkan pada kanak-kanak. Bukan sahaja ceritanya, malah filem mengenainya juga yang diarahkan oleh Ja...