Apa Itu Intelektual

Seringkali kita mendengar dalam kelas sewaktu pembelajaran, ketika pengucapan awam di perhimpunan malah ketika di mana-mana program dalam kolej sebutan menjadi pelajar/penjawat awam yang cekap dalam kerja serta menjadi penuntut kolej yang berintelektual. Sama ada sedar atau tidak, apa yang sering difokuskan di dalam kelas adalah cuma untuk mahir dalam bidang yang dipelajari, di samping itu pembinaan akhlak serta moral dan jati diri kebanyakan dari kita hampir terabai dan hilang. Jika kolej tidak mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin dalam peraturan, dan sistem pendidikan tidak mampu memanusiawikan sebahagian daripada kita, lantas siapa yang perlu dipersalahkan?

Apakah itu intelektual?Dan apakah dengan menyambung pengajian pasca sekolah menengah, memasuki kolej-kolej serta universiti-universiti itu dikira sebagai berintelektual?Dan apakah kepentingannya berintelektual dalam konteks kita sebagai pelajar paramedik dan bakal menjadi penjawat awam suatu masa nanti?


Di dalam mengejar kemampuan serta kemahiran untuk menghadapi alam pekerjaan kelak, tidak dapat tidak untuk kita mencari serta memperdalam segala macam ilmu serta memahami isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita. Manusia dilahirkan berkelompok oleh tuhan bukan untuk hanya memikirkan diri sendiri, tetapi untuk mengambil cakna serta membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan. Bidang paramedik yang diceburi oleh kita memerlukan perhubungan/muamalat yang berkesan dengan manusia yang lain, oleh itu pembudayaan ilmu amat penting untuk meluhurkan kembali sifat perikemanusiaan yang mungkin semakin hilang dalam diri kita.


-Blog ini serta page fb AbangSidi.com ditubuhkan sebagai suatu usaha kecil sekumpulan anak muda yang masih belajar dan lepasan KSKB Sultan Azlan Shah untuk menerapkan pembudayaan ilmu kepada pelajar-pelajar kolej serta alumni kolej. Satu usaha yang kecil ini dibuat dengan harapan para pelajar boleh membaca dan cakna dengan isu-isu semasa serta penghuraiannya akan dibuat lebih ringan dan seringkas mungkin. Semoga usaha ini mampu memberi manfaat kepada pelajar disamping membudayakan ilmu untuk menjadikan kita lebih manusia.



Comments

Popular posts from this blog

Menyingkap Fungsi Figura Ayah (father figure) dalam Membentuk Peribadi Remaja : Sebuah Ulasan Drama Projek: High Council

Membaca The Art Of Loving pada Tahun 2024

Penghijrahan Sebagai Sebuah Idea Kebebasan