Sehari Di UKM Bangi dan UKM KL
Bangun tidur terkejut dengar surau bawah pasang bacaan Al Quran. Kira lewat dah la tu untuk sahur. Dengan fikiran agak serabut mimpi lepak dengan geng geng artis dan ada girlfriend Amelia Henderson, aku mula sedar yang aku mimpi jadi Naim Daniel rupanya. Mungkin sebab malam sebelum tu aku layan drama I.D kot.
Sejujurnya, agak annoying juga kalau mimpi ada teman wanita atau isteri yang bukan khairunnisa susami. Sebolehnya biar dalam mimpi pun aku masih ada dia dalam hidup aku. Part lain tu tak kisahlah. Jadi power rangers pink pun aku ok saja asalkan background story aku ada Nisa sekali.
Dalam pukul 8 pagi, bergerak ke UKM Bangi untuk ambil kad siswa yang digabungkan bersama kad bank RHB. Serabut juga banyak kad bank tapi simpanan takdak sangat. Kaya dengan kad saja nampak gayanya.
Proses ambil kad tu mudah sungguh. Rasanya tak sampai 3 minit dah selesai. Sesudahnya, ke perpustakaan untuk urusan pinjaman buku. Dapat tiga buah buku berkenaan unconscious yang berguna untuk tesis.
kad matrik di USIM tak jumpa pula.
Perjalanan tadi dan juga sesudahnya bertukar guna MRT untuk ke ukm kampus kl yang banyak berjalan kaki membuatkan aku rasa aku perlu tulis perkara ini. Tak pasti kenapa, mungkin emosi agak bercampur baur juga. Semacam perasaan bangga sebab dapat menjadi pelajar ukm, tapi ada juga rasa sedih sebab perjalanan master kali ini bakal dilalui tanpa mak. Pun begitu, ada juga perasaan tersangat mengagumi dan memuja khairunnisa. Dia cukup membantu dari sudut fizikal dan emosi dalam memastikan aku dapat mengejar cita-cita.
Betul mak pernah cakap dulu,
Tanpa kerja yang aku sedang lalui sekarang ini, tidak mungkin aku akan berjumpa wanita yang cukup sempurna, mulia bernama khairunnisa susami.
Oh, emosi bercampur baur tu mungkin juga sebab aku belum mula siapkan kerangka kajian untuk Mr Gan. Banyak juga tips tips aku baca dalam twitter tapi yang paling berkesan ialah kena mula menulis. Aduh. Aku harap aku taklah menangguh kerja lagi macam belajar degree dulu.
Selain itu sempat juga pinjam dua buah buku di perpustakaan ukm kl. Lima buah buku pinjaman ini memang kena all out la dalam tempoh 9 hari sebelum raya. Kena ulangkaji juga bab 1 interpretation of dreams untuk pembentangan nanti.
Antara buku yang cukup menarik di Perpustakaan
Aku masih merasakan ada semacam ketenangan dapat berjalan kaki. Dengan keperluan untuk ke kampus juga sekarang semakin memerlukan, maka aku sangat menikmati proses berjalan dari flat ke stesen LRT maluri. Seingat aku, waktu bekerja di Sintok dulu selalu juga malam-malam jalan kaki dari rumah sewa ke Yasmeen Nasi Kandar di pekan Changloon. Kadang-kadang order makan tapi selalunya minum saja sambil menikmati keindahan malam di pekan.
Sukar juga nak interpret behaviour aku. Mungkin juga sebab keterpaksaan aku dalam bekerja bidang yang memang aku tak minat, maka keserabutan itu seolah terungkai selepas berjalan. Mungkin proses berjalan itu sendiri merupakan antara salah satu cara aku dapat mengenal diri sendiri tanpa gangguan luar yang seringkali mengganggu proses individuation, bak kata Carl Jung.
The Fact that aku masih lagi menulis tentang diri sendiri ini menunjukkan bahawa aku masih lagi gagal untuk menulis penulisan ilmiah dengan berdisiplin. Jauh lagi nak memulakan penulisan pernyataan masalah. Semoga sebelum raya ini sekurang-kurangnya perlu juga siapkan pernyataan masalah supaya ada arah tujuan tesis aku.
Comments
Post a Comment