Train To Busan Yang Terlalu Mainstream
Tak sampai sebulan lagi sebenarnya nak season premiere bagi The Walking Dead Season 7. Saja aku tulis mengenai TWD ini memandangkan aku baru saja tengok Train To Busan. TTB ni untuk seorang peminat tegar TWD, ini macam warming up untuk season 7 yang bakal keluar pertengahan bulan 10 ini.
Dalam TWD, ada satu watak perempuan yang survive dari season 1 sampai la season 6 yang paling latest iaitu Carol(Melissa Mcbride). Carol ini waktu mula mula keluar dalam season 1, dengan lemah lembut, tidak pernah melawan walau kena dera dengan suami dia yang panas baran aku jangka tak pergi jauh watak ini. Tapi sapa sangka rupanya makin naik season, watak Carol ini berubah dari seorang wanita yang lemah kepada watak yang banyak membantu dalam group survival Rick Grimes ini.
Watak Carol ini kalau nak buat bedah watak memang tak cukup satu artikel. Cuma adalah beberapa part si Carol ini yang buat aku kagum. Carol ini ada seorang anak perempuan. Selepas suami dia mati kena serang dengan zombi penghujung season 1, dia dan anak dia ni cubalah untuk continue survive bersama dengan orang lain dalam group isteri Rick Grimes, Lori dan kawan baik dia, Shane(Jon Bernthal). Waktu ini si Rick Grimes baru ja sedar dalam hospital lepas kena tembak, dan dia ni tak silap aku dalam penghujung season 1 terperangkap dekat satu bandar bernama Atlanta yang dikatakan selamat dari wabak walhal sudah kena jangkitan jugak. Sini yang selamatkan si Rick Grimes ini seorang watak Asian, Glenn(Steven Yuen).
Berbalik kepada si Carol ini, selepas kematian suaminya Carol ini mula cuba untuk jadi seorang wanita yang berani, yang tidak hanya merintih menangis tanpa mencuba sesungguh hati. Puncak kepada perubahan karakter si Carol ini selepas anaknya yang hilang dalam hutan waktu group survival ini dikepung oleh zombi, dijumpai dalam keadaan sudah menjadi zombi. Dan lepas dari titik tolak kematian anaknya ini, Carol berubah menjadi seorang wanita yang baddass. Sambil dia belajar berani berhadapan dengan walkers, dia juga belajar dari Hershey bagaimana untuk menyambut kelahiran kerana waktu itu si Lori sedang mengandung. Bayangkan kering tak kering hati si Carol time ini, dia boleh keluar mencari zombi perempuan, dibunuhnya zombi tu dan kemudian mayat zombi tu dijadikan badan praktikal untuk dia praktis ilmu kebidanan dia. Waktu ni melopong si Lori tu bila tengok si Carol ini.
Carol ini juga pernah kena buang dari group Rick ini sebab dia dengan hati kering membunuh tiga orang survival yang dijangkiti satu wabak sewaktu group ini dalam penjara terbiar. Dia bunuh dan bakar badan tiga orang dari group tu yang sedang sakit untuk mengelakkan dari wabak tu berjangkit kepada orang lain. Dan si Rick ini buang dia dari group atas alasan si Carol ini sudah hilang humanity(sifat kemanusiaan). Jadi Carol ini survive sorang sorang dan nak dijadikan cerita dia lah yang selamatkan Rick dan kawan kawan yang lain waktu ditangkap di Alexandria.
Panjang panjang aku tulis pasai Carol ini bukannya nak promote cerita TWD, cuma nak bagitahu yang konsep humanity dalam filem/TV Series bergenre zombi ini terlalu luas. Dia tak seperti yang kita lihat dia macam jahat, so jahat lah dia. Tak, dunia tak menghidangkan kita dengan konsep seperti itu. Dalam TTB kita mungkin membenci teruk pakcik selfish tu, tapi itu lah sebenarnya yang dipanggil survival instinct. Beza pakcik tu dengan Gong Woo dan lelaki chubby hero sejati itu ialah motivasi untuk hidup. Gong Woo bermotivasikan anaknya pada waktu itu. Kalau kita tengok kembali Gong Woo ini pada mulanya tak kurang teruk perangai pentingkan dirinya. Dia mula berubah apabila anaknya diselamatkan oleh orang lain. Dari situ dia cuba untuk membantu orang lain dengan harapan anaknya nanti akan ada orang yang hidup untuk menjaganya. Begitu juga dengan lelaki chubby hero sejati itu, motivasinya pada isteri comel yang sedang mengandung tu. Tetapi pakcik selfish ini motivasi dia kalau perasan ialah pada ibunya. Dia berusaha untuk sampai ke Busan dalam keadaan hidup untuk berjumpa dengan ibunya yang tidak tahu bagaimana nasibnya ketika itu.
Ada beza filem dengan series. Series ini plot dan watak akan mudah berkembang dengan baik sebab tidak dikekang oleh masa. Sebab itu kalau nak tengok filem zombi untuk melihat dan belajar konsep humanity ini, cubalah layan TWD. TWD ini jangan risau, cerita omputih ini jarang bermain dengan emosi macam korea. Cuma dalam TWD kita akan dipersoal dengan apa itu kelangsungan hidup dan maksud sebenar kemanusiaan sehinggakan sampai satu tahap tiada lagi benar dan salah dalam membuat keputusan, yang ada hanyalah survival. Dan makin lama layan TWD ini akan buat kita sedar dan tak kisah akan watak yang mati kerana begitulah hakikat kehidupan, kematian tidak hanya menjengah yang jahat tetapi baik juga tetap akan mati.
Lagi satu dalam TWD ini takdak watak yang cun, cantik dan hensem. si Laurel Cohan yang cun tu pun dah macam orang asli dah aku tengok makin lama. Mujur dia berlakon jugak dalam filem lain(The Boy), boleh jugak tengok versi cun dia.

Comments
Post a Comment