Skip to main content

Posts

Sehari Di UKM Bangi dan UKM KL

  Bangun tidur terkejut dengar surau bawah pasang bacaan Al Quran. Kira lewat dah la tu untuk sahur. Dengan fikiran agak serabut mimpi lepak dengan geng geng artis dan ada girlfriend Amelia Henderson, aku mula sedar yang aku mimpi jadi Naim Daniel rupanya. Mungkin sebab malam sebelum tu aku layan drama I.D kot. Sejujurnya, agak annoying juga kalau mimpi ada teman wanita atau isteri yang bukan khairunnisa susami. Sebolehnya biar dalam mimpi pun aku masih ada dia dalam hidup aku. Part lain tu tak kisahlah. Jadi power rangers pink pun aku ok saja asalkan background story aku ada Nisa sekali. Dalam pukul 8 pagi, bergerak ke UKM Bangi untuk ambil kad siswa yang digabungkan bersama kad bank RHB. Serabut juga banyak kad bank tapi simpanan takdak sangat. Kaya dengan kad saja nampak gayanya. Proses ambil kad tu mudah sungguh. Rasanya tak sampai 3 minit dah selesai. Sesudahnya, ke perpustakaan untuk urusan pinjaman buku. Dapat tiga buah buku berkenaan unconscious yang berguna untuk tesis. kad ma
Recent posts

Permulaan Perjalanan Sebagai Seorang Pelajar Pascasiswazah

 Bulan Mac tahun ini merupakan permulaan bulan yang cukup menyibukkan. Bermulalah perjalanan sebagai seorang pelajar sarjana (master) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku masih ingat lagi 14 tahun yang lepas, UKM merupakan antara universiti yang aku ingin masuk dan menyambung pelajaran kerana UKM antara satu-satunya universiti yang mempunyai kos matematik (pure mathematics). Jika di kenang peristiwa-peristiwa lepas yang kelihatannya banyak yang cukup melukakan, nescaya tidak mungkin akan habis satu makalah. Mr Gan pun pernah cakap hari itu tentang memberi fokus penulisan pada pekerjaan aku sekarang. Tapi entahlah, mungkin sebab dah lama tak menulis fiksyen, cukup susah nak karang situasi dan suasana dengan baik. Perjalanan menjadi pelajar sarjana mungkin akan cukup berliku. Sehingga hari ini aku masih terawang-awang lagi dalam menulis kerangka kajian dengan baik. Kadangkala timbul juga doubt untuk tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Selalu kalau fasa-fasa sebegini, bersembang

Membaca The Art Of Loving pada Tahun 2024

  Setiap kali pulang ke rumah mertua di Kuala Lumpur, sudah menjadi rutin sejak tahun lepas untuk bertemu penyelia tesis sarjana saya, berbincang tentang perkembangan penulisan tesis. Walaupun saya baru saja mendaftar, sebelum itu lagi saya sudah berulang kali ke pejabat beliau untuk mendapat idea-idea tentang penulisan tesis yang baik. Baru-baru ini, saya menemui beliau. Beberapa perkara menjadi perhatian buat saya untuk diambil kira, dan juga memperbaiki dalam usaha untuk menulis tesis yang baik. Di sebalik perbincangan tentang penulisan tesis, kami bersembang juga tentang idea-idea teori psikologi yang ada. Salah satu teori yang kami bersembang lama adalah tentang idea-idea Erich Fromm terhadap seni bercinta. Menurut penyelia saya, beliau juga agak hairan dan pelik kenapa dalam silibus psikologi sarjana muda, kita tidak membincangkan tentang idea-idea Erich Fromm. Malah, lebih menyedihkan lagi, kebanyakan pelajar psikologi sendiri tidak mengenali siapa itu Erich Fromm. Dalam usaha s

Penghijrahan Sebagai Sebuah Idea Kebebasan

  Penghijrahan sudah sinonim dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Orang Melayu yang beragama Islam khususnya, mengingati peristiwa bersejarah ini sebagai sebuah kisah yang memberi dorongan dan semangat. Manakan tidak, kisah penghijrahan sahabat sahabat Nabi, beserta pengikut/penganut Islam yang terawal dari Mekah ke Madinah bukan merupakan kisah yang begitu mudah. Pada waktu tersebut, pelbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh mereka untuk berpindah ke kota Yathrib yang kemudiannya ditukar kepada Madinah. Setiap mereka mempunyai rintangan yang tersendiri. Yang kaya terpaksa meninggalkan seluruh harta benda, bahkan berkorban segalanya demi memastikan perjalanan tersebut berjaya. Yang tidak berharta pula, terpaksa menyembunyikan keimanan mereka dari pihak autoriti Mekah pada ketika itu. Pada yang hamba diseksa dengan begitu kejam sehingga ada yang meninggal dunia akibat seksaan yang begitu dahsyat. Dalam keadaan sebegitu, Nabi Muhammad juga tidak terkecuali dari menerima rintangan

Permulaan Membiasakan Menulis

Boleh dikatakan minggu ini cukup memenatkan. Dalam proses pendaftaran untuk sarjana kali ini, ia merupakan sebuah proses yang cukup memenatkan fizikal dan mental. Baru aku sedar, laman sesawang ini aku pernah buat pada tahun 2011 bagi menulis tentang apa yang aku rasa. Namun, kegagalan untuk kekal menulis membuatkan laman ini berhabuk dan penuh dengan debu debu kekecewaan lampau. Banyak yang telah berubah sejak dari penciptaan laman ini pada tahun 2011. Sudah hampir 13 tahun rupanya. Pada awalnya, penciptaan ini dikatakan sebagai sebuah kesinambungan terhadap projek yang pernah aku usahakan di Kolej Kesihatan Bersekutu di Ipoh suatu ketika dahulu. Namun, pelbagai cabaran dan onak duri yang berlaku, sehingga aku melupakan terus tentang sebuah proses yang amat aku cintai suatu ketika dahulu, iaitu proses penulisan. Mungkin diriku pada tahun 2011 akan berasa teruja akan pencapaian yang sedang aku kecapi sekarang. Dengan menjalani kehidupan sebagai seorang suami dan ayah kepada seorang ana

Menyingkap Fungsi Figura Ayah (father figure) dalam Membentuk Peribadi Remaja : Sebuah Ulasan Drama Projek: High Council

  Jika sebelum ini, saya pernah menulis tentang drama dari Astro Originals bertajuk I-Tanggang yang mana tulisan tersebut cuba untuk menyingkap bagaimana penyakit Munchausen Syndrome by Proxy yang diketengahkan dalam drama tersebut menolak autoriti ibu bapa terhadap anak, maka drama terbaru dari Astro ini masih tidak lari dari tema yang sama. Kekuatan dua figura yang membentuk sebuah keluarga iaitu ibu dan ayah seharusnya bergerak seiring dari sudut fizikal dan emosi. Bahkan kita dapat lihat sendiri bagaimana di dalam buku The Future of Illusion tulisan Sigmund Freud, beliau menghuraikan tentang bagaimana fungsi si bapa dalam membentuk obsessional neuroses yang mana ia merupakan antara sebab manusia itu mencari dan mencipta agama. Freud dalam buku yang sama, malah buku yang dikritik rapat kerana ia menunjukkan sisi Freud yang tidak begitu mesra dengan agama, menulis tentang bagaimana manusia ini sangat bergantung kepada figura si ayah pada waktu kecil. Kelemahan yang ada pada waktu

Pengurusan Emosi dalam Filem Good Will Hunting

  Sukar untuk menolak kekuatan sebuah filem yang cuba untuk menterjemahkan bagaimana fungsi emosi manusia dalam menentukan arah kehidupan yang bakal mereka lalui. Kita bahkan seringkali dipertontonkan dengan bagaimana psikologi manusia mendorong seseorang itu dalam memberi reaksi terhadap persekitaran, namun jarang sekali untuk melihat bagaimana pengubahan terhadap emosi manusia itu dapat membuka ruang kepada pilihan-pilihan kehidupan yang sebelum ini dilihat hanya mempunyai satu jalan semata-mata.   Dalam disiplin ilmu psikologi, terma seperti intellectual intelligence, emotional intelligence bahkan spiritual intelligence seringkali dilaungkan, dicatatkan ketika ingin mengolah secara empirikal tentang kepandaian manusia, pengurusan emosi yang baik serta kekuatan spiritual dalam kehidupan seseorang. Kita juga sedia maklum tentang perbahasan yang telah lama dihuraikan mengenai keadaan manusia itu sendiri yang akhirnya dipersetujui oleh Prof Syed Naquib Al Attas dalam penghuraian bu